Tuesday, July 04, 2006

Menuju kecemerlangan, namun kita semua berbeza


Masih lagi terngiang-ngiang di benak apabila seorang saudara menanyakan apa anak saya dah pandai lakukan. Dia kata dia ada menonton di ChannelnewsAsia, di mana seorang anak 3 tahun sudahpun pandai membuat Ilmu Hisab untuk Darjah Satu. Dia meneruskan memuji-muji anak yang dipaparkan di TV tu. Anak itu pandailah, tak berlari-larilah dan macam-macam lagi. Lalu dia seperti menyindir, `Abdullah dah pandai apa?'.

Saya tersentak. Abdullah dah pandai apa? Abdullah mungkin belum boleh buat Ilmu Hisab Darjah Satu, tapi saya rasa ada perkara yang dia boleh buat yang mungkin budak di Channelnewasia tu tak boleh buat seperti membaca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas walaupun dia belum pergi ke kelas Quran formal. Dia tahu banyak lagi tapi tentu ada batasannya. Sedangkan orang berumur 30 tahun belum tentu tahu tentang apa itu Stegasaurus. Sedangkan orang berumur 60 tahun belum tentu tahu mengeja `One to Ten'. Sedangkan budak berusia 16 tahun belum tentu tahu apa beza `Pelican' dengan haiwan lain.

Tak perlu saya catatkan apa yang Abdullah tahu kerana ilmu Allah itu luas. Tentu sekali ada perkara yang dia tahu dan ada perkara yang dia tak tahu. Setiap anak berkembang dengan tahap yang berbeza-beza. Begitu juga dengan manusia secara keseluruhannya.

Kecemerlangan bukan milik orang tertentu sahaja. Sesiapa pun boleh berjaya. Sesiapa pun boleh cemerlang. Piala Dunia yang lalu Brazil cemerlang dan menang. Piala Dunia kali ini, mereka telah pun tersingkir sebelum peringkat separuh akhir. Namun apakah Brazil tidak bagus?

Perjuangan mencapai kecemerlangan itu panjang. Hari ini mungkin kita di atas, besok belum tahu lagi. Namun kita harus terus positif dan berusaha.

Pada saya, kadangkala, apa yang orang lain kata boleh menjatuhkan dan menyakitkan. Tapi saya tak nak perkara itu berlaku. Kita tak boleh asyik dihantui oleh kata-kata orang yang tidak tahu kasi perangsang. Kita mesti terus melangkah....

Yang baik di jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Walau setiap anak berbeza, saya tetap akan teruskan perjuangan mencapai kecemerlangan untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga, demi mencapai keredhaan Tuhan. Insya Allah.

8 Comments:

Blogger yuRa said...

jangan dilayan komen yang tidak membina.

Thu Jul 06, 09:45:00 PM  
Blogger melayudilondon said...

kenapalah selalu org ingat budak yg diam, yg senyap tu budak baik? atau budak senang jaga? kenapa hah kenapa?? :)

Thu Jul 06, 10:21:00 PM  
Blogger yuRa said...

bawa bertenang, shikin. biasalah, orang kan selalu buat kesimpulan dari apa yang dapat dilihat pada luaran saja?

:)

tapi kan sekiranya awak ternampak budak diam, cubalah awak katakan pada ibunya, "oh! ni diam depan orang je kan? kat rumah mesti macam setan!" hahahaha..

agaknya, bila seseorang membuat komen tentang budak itu baik, mungkin ia adalah sebagai pembuka bicara?

Thu Jul 06, 11:30:00 PM  
Blogger Nani said...

Entahlah. Mungkin jugak.

Sebenarnya, semasa mengandungkan Abdullah dulu, setiap kali air jarang diminum, mesti muntah. Apa-apa juz buah-buahan pun, pasti muntah. Tapi yang peliknya, bila minum Lucozade berbotol-botol tak muntah pulak. Jadi bila Abdullah `in-action', ada orang kata mungkin kerana sejak dalam rahim dia dah minum `energy drink'...hah hah.

Lagi satu, kata orang Cina, semasa mengandung, jangan makan ketam sebab nanti anak keluar pun macam ketam. Tapi saya hanya dapat tahu pasal ni selepas melahirkan kedua-dua anak...
Semasa trimester pertama, untuk kedua-dua anak, mengidam ketam. Apa lagi, Kak Ana pun masakkan. Makanlah puas-puas... Agaknya terbanyak makan tak?...heh heh Tapi kalau kita makan daging lembu, takkan anak kita jadi macam lembu eh?

Fri Jul 07, 08:02:00 AM  
Blogger yuRa said...

anak-anak saya juga adalah golongan anak-anak yang hyper. sedangkan anak saudara saya yang berusia 10 tahun saja pandai memberi komen, "mereka sungguh bertenaga!". bayangkan!

mungkin naluri kita sebagai orang tua, sensitif mendengar komen tentang anak-anak kita. saya sendiri mudah tersentuh hati walaupun komennya tidaklah memburukkan dan walaupun datangnya dari seorang kanak-kanak seperti yang di atas!

walau bagaimanapun, di akhirnya, saya akur bahawa hanya saya sendirilah yang terlalu fahamkan keperluan anak-anak saya. ini sudah cukup bagi saya untuk menolak tepi segala komen yang dibuat orang tentang keluarga saya. "orang mana tahu kita punya susah?" : )

Fri Jul 07, 09:19:00 AM  
Blogger Nani said...

Betul! Betul!

Fri Jul 07, 10:07:00 AM  
Blogger melayudilondon said...

dah bertenang dah ni... ah cik amalia, tolong mampir kat blog melayu bb2006-melayudilondon.blogspot.com. IU punya blog pun ada link kat situ. heheheeh.. jangan marah nanti kena jual...

Fri Jul 07, 04:56:00 PM  
Blogger yuRa said...

awak bukan saja tenang, cik sriperwira. bukan main cool lagi. siap mempromosikan blog saya lagi. terima kasih daun keladi. :)

Fri Jul 07, 07:58:00 PM  

Post a Comment

<< Home