Sunday, January 27, 2008

Salahuddin al-Ayubi



Semalam, aku baru je tengok Kingdom of Heaven. Sekarang ni, I'm full of admiration and respect for him - Salahuddin Al-Ayubi....aku penuh dengan rasa kasih dan hormat kepadanya kerana kewibawaanya menerajui askar-askar Islam dalam peperangan menentang musuh dan juga kerana akhlak dan personalitinya. Agaknya, kalau ada filem yang benar-benar menonjolkan keperibadian Rasulullah, tentu aku akan jatuh cinta dengannya....Tapi takkan nak tunggu filem baru nak semaikan rasa kasih dan sayang pada tokoh-tokoh Islam ni kan....Sendiri mesti nak gunakan initiatif untuk mengenali mereka menerusi buku-buku dan sumber-sumber yang boleh dipercayai....

Sunday, December 30, 2007

Jangan bakar kelambu!

Takde siapa yang dapat membantu kecuali Allah kerana keadaan ini sangat rumit untuk dileraikan. Pada Allah sajelah aku harapkan jalan penyelesaian. Sabar itu mudah diucap, payah untuk diamalkan. Namun aku masih mengharap....untuk bersabar dengan erti kata yang sebenarnya...kerana sabar itu adalah perisai yang hanya boleh ku dapat dengan percubaan demi percubaan dan dengan pertolongan Allah SWT.....Jangan kerana benda kecik, kelambu dibakar.

Tuesday, December 18, 2007

Takde apa yang perlu dikatakan lagi.

Friday, September 14, 2007

Puteraku mula berpuasa



Macam tak percaya. Semalam Muhd yang sekarang berumur 4.5 tahun puasa selama 5 jam - dari 12.30 - 5.30.. Terima Kasih kepada guru-gurunya di sekolah yang sudah mula nak biasakan dia berpuasa. Mereka tiadakan masa makan dan gantikan dengan aktiviti lain...

Sebelum ke sekolah Muhd makan dan minum secukupnya (sahur anak kecil) dan selama dia di sekolah dia tak makan dan minum... Nampakanya dia okay...

Cuma bila sampai rumah...kelaparan.....mintak cereal, susu dan sebagainya.

Dari kecil gini, biarlah dia berlatih...asalkan tak memudharatkan dirinya.

Tuesday, August 28, 2007

Jangan dibiar terbuai

Bisikan itu tidak ketara,
Bisikan itu tidak terasa,
Namun bisikan itu hebat dan kuat,
Bisikan itu mengheretku,
Terus melalui terowong masa,

Apakah benar aku terseksa,
Atau ianya imaginasi belaka,
Mengapa tidak melihat pada yang tiada,
Bukan sepatu dan cincin sahaja,
Malahan tiada kaki, berjari dan segala,

Mengapa kurang bersyukur,
Mengapa difikir benda yang tiada,
Mengapa tak fikir benda yang ada,
Beginilah manusia,
Lemah sentiasa,
Perlu bimbingan,
Perlu peringatan,
Barulah sedar dari kealpaan.

Nanti ulang kembali,
Tak habis-habis asyik itu,
Tak pernahku jemu,
Complain tentang perkara itu.

Apa yang kau ada,
Orang lain belum tentu ada,
Apa yang kau takde,
Biarlah orang lain ada...
Ini semuakan rezeki Tuhan.

Labels:

Sunday, August 19, 2007

Antara hijrah fizikal dan hijrah menuju Allah



Hijrah fizikal

- sangat memenatkan
- tanpa bantuan, memakan masa yang lama
- bila samapai ke destinasi, rasanya membahagiakan


Hijrah menuju Allah

- perlu ada niat yang mendahului penghijrahan itu - ini yang selalu di-terlupakan
- perlu ada anjakan paradigma (paradigm shift...macam real.... tapi inilah realitinya)
- hati perlu sentiasa dijaga agar terpelihara daripada perasaan yang bukan-bukan
- destinasi sebenar masih jauh namun destinasi pitstops bila rasanya tercapai, dapat rasa ketenangan luarbiasa.

8888888888888888888888888888888

Hijrah fizikal, pada July 15 kelmarin, membuatkan aku sakit pinggang gara-gara banyak benda berat yang perlu dipunggah.

Sekarang aku ada dua tanggungjawab penting.
1) Bersihkan rumah
2) Bersihkan hati

Ginilah kalau takde maid, semua sendiri kena buat.
Lagi-lagi bersihkan hati, kalau boleh berus dengan dawai - kasi bersih - rasanya nak jugak - biarkan sakit.... biar sakit hati dibersihkan...jangan pulak dibiarkan hati sakit akibat hati penuh sangat dengan tompok-tompok hitam. Bersihkan hati memang susah, tapi aku nak.

Berus dawai mana?

Labels:

Saturday, June 09, 2007

Gandingan ampuh dari Zainal Abidin dan Hady Mirza - Hijau

Tunggu Suria tayangkan APM 2007, lambatlah.... entah2 Hari Kebangsaan baru ditayangkan. Itu pun belum tahu lagi. Yang ini dari Youtube...

Labels: