Friday, July 07, 2006

Dunia politik Melayu bergegar!

Saya bukanlah pencinta politik, pengamat politik atau pemerhati politik yang setia. Saya juga bukan pelajar Political Science ketika di NUS dulu. Saya adalah seorang Melayu yang dapat merasai gegaran dunia politik di Malaysia.

Kehangatan kritikan-kritikan Dr Mahathir (Dr M) terhadap penggantinya, PM Abdullah Badawi (Pak Lah) masih belum berakhir. Ketegangan masih dapat dirasai diantara Dr M dan pemerintahan Pak Lah.

Sekarang pulak, dunia digegarkan dengan satu berita baru dan yang sangat hangat diperkatakan. Dr M telah didakwa mempunyai kaitan dengan skandal kewangan yang melibatkan jutaan ringgit, iaitu duit rakyat Malaysia. Beliau dan Tun Daim Zainuddin telah didakwa memaksa Encik Tajudin Ramli, seorang taikoon ternama, untuk memeli saham MAS, pada tahun 1994, untuk membantu negara daripada kerugian kewangan.

Saya rasa, seseorang ketua negara perlulah berbincang dengan menteri-menteri kabinet yang lain apabila sesebuah keputusan melibatkan jutaan ringgit. Kabinet perlu tahu. Dan rakyat juga perlu tahu sebab duit yang digunakan adalah duit rakyat. Bukan duit mereka sendiri.

Pelik. Mendebarkan. Memeranjatkan.

Apa yang berlaku, sekiranya benar, tentu akan menjejas teruk reputasi Dr M, yang hanya boleh dipulihkan sekiranya penjelasannya kelak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia khasnya dan masyarakat dunia umumnya.

15 Comments:

Blogger yuRa said...

Yang menjadi persoalan sekarang adalah sama ada Encik Tajudin tampil kehadapan tanpa didorong oleh pihak-pihak tertentu...

Pastinya hal ini adalah sesuatu yang amat menimbulkan tanda tanya.

Fri Jul 07, 09:09:00 AM  
Blogger Nani said...

Betul. Laporan akhbar mengatakan dia kena `sue', oleh itu dia keluarkan kenyataan yang dirahsiakan selama ini. Kalau dia didorong oleh sebab-sebab lain, tentu jadi satu lagi Mega Drama.

Fri Jul 07, 10:05:00 AM  
Blogger yuRa said...

Ya, pastinya Encik Tajudin telah memikirkan sedalam-dalamnya sebelum bertindak kerana ini tentu akan membongkar banyak lagi 'rahsia'.

Fri Jul 07, 10:10:00 AM  
Blogger Nani said...

(Musik selingan - Pink Panther)

Kita ni macam mata-mata gelap pulak hah hah hah... tapi pasal perkara-perkara ni memang orang nak tahu...sebab yang terjejas duit orang Melayu. Walau kita bukan orang Malaysia, kita tetap orang Melayu, mestilah kita terasa jugak. Cubit peha kira, paha kanan rasa jugak.

Fri Jul 07, 10:19:00 AM  
Blogger yuRa said...

alah. saya nak jadi mata-mata gelap yang real punya. inspektor clouseau tu clumsy sangat. haha. nanti sebelum dapat siasat, semua orang dah tahu niat saya. hahaha.

hati-hati uruskan anak tu. jangan ada saki-baki *ehem* yang tersangkut di keyboard sudah!

Fri Jul 07, 10:34:00 AM  
Blogger Nani said...

Kalau tertinggal saki-baki yang terselit kat jari-jemari tu, nampak macam daging sate. Jangan jilat sudah.

(Dah makan lunch belum?)

Fri Jul 07, 12:09:00 PM  
Blogger yuRa said...

disgusting! maaf tak tahu nak terjemahkan perkataan tu! hahah..

belum makanlah. nak jemput saya makan tengahari di rumah awak? :)

Fri Jul 07, 01:29:00 PM  
Blogger Nani said...

Lain kali bila saya masak sedap-sedap, saya akan jemput awak datang ke rumah. Bila tu eh?

Kadang-kadang, minta suami beli aje... tapi asyik beli je, kena upah suami jugak...heh

Sat Jul 08, 01:19:00 PM  
Blogger yuRa said...

aaah .. upah, jangan tak upah! hahaha

nampaknya saya dah terlepas bas nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ibu-bapa awak. sampaikan salam saya pada mereka.

Sat Jul 08, 08:52:00 PM  
Blogger melayudilondon said...

alamak ada dengar berita baru pasal kontroversi Dr M? ada buku kontroversial terbaru telah dikeluarkan yang berjudul.. jengjengjeng.. Dah Benci Kut! (Da Vinci Code) hahahaha

Sun Jul 09, 11:20:00 PM  
Blogger yuRa said...

shikin, lepak ah!

Mon Jul 10, 08:50:00 AM  
Blogger Nani said...

Betul ke Shikin...? Hebat orang London dah dpat buku tu. Orang Singapore tak tahu pun pasal buku tu.

Mon Jul 10, 09:02:00 AM  
Blogger Nani said...

Oh yes, Ayu. Insya Allah. Kalau Rahayu mesti dia orang ingat. Lebih-lebih lagi arwah nenekku.

Mon Jul 10, 09:04:00 AM  
Blogger yuRa said...

Oh arwah nenek awak! Awak ingat lagi tak? Beliau akan sentiasa mengenali suara saya walaupun berbulan-bulan lamanya saya tak telefon awak!

Mon Jul 10, 10:23:00 PM  
Blogger Nani said...

Ya! Dia kenal suara awak..:)

Tue Jul 11, 05:13:00 AM  

Post a Comment

<< Home