Saturday, December 16, 2006

Hari ini hari istimewa

Pagi-pagi lagi kita dah terima sms dari 3 insan penting. Ayu, Mak dan Cik Mis. Masing-masing berikan ucapan. Ucapan hari lahir. Sebab hari ni, hari lahir kita. Kejam celik kita dah pun masuk 34 tahun. Biasalah, kita ni kan orangnya jenis yang perasa, jadi, terharulah dapat ucapan awal-awal lagi. Tak payah hadiah mahal. Yang penting, kita ni diingati.

Suami tak payahlah kasi sms. Sebaik keluar dari bilik air, dia beri ucapan dan iringan doa.

Setiap tibanya hari lahir, hati ni agak tersentuh. Terharu sebab Allah panjangkan umur. Dapat peluang bernafas. Dapat teruskan kehidupan. Dapat peluang baiki kesilapan dan kekurangan masa lepas. Dapat bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai tersayang. Dan dapat hidup dalam keimanan, kesehatan dan banyak lagi. Tak semua orang dapat peluang macam ni. Alhamdulillah hi rabbil alamin.

Sempena hari lahir, kita ni banyak harapan. Tapi biarlah harapan-harapan tu rahsia...(Ceh....macam Siti Nurhaliza pulak) Malulah nak pukul canang beritahu satu dunia kan... Cuma yang penting, kita harapkan kesabaran, keimanan, kebaikan, kebahagiaan, kesehatan dan keselamatan dunia akhirat. Amin.

5 Comments:

Blogger melayudilondon said...

Selamat hari jadi
selamat hari jadi
selamat hari jaaaadiiiii
selamat hari jadi

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Amalia sayang
Allah selamatkan kamu *bunyi musik*

Sun Dec 17, 09:44:00 AM  
Blogger Nani said...

Terima Kasih daun keladi...heh heh...

Lagu nilah jugak family I nyanyikan masa birthday gathering semalam....Maceh...:)

Sun Dec 17, 11:10:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Selamat Hari Lahir kepada Kak Amalia yg sangat rajin blog dalam Bahasa Melayu. Hehe. Semoga Kak Amalia dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lingunganNya. Amin. Oh ya, sebelum lupa...jangan lupa 'link up' saya ye.

bb2006-v517v.blogspot.com

-alisa-

Tue Dec 19, 10:45:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

aaah .. maaf. lambat ucapkan di sini.

selamat hari lahir.
semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ditingkatkan keimanan.

*akhirnya berjaya meninggalkan komen*

Wed Dec 20, 07:11:00 AM  
Blogger Nani said...

Ladyhawke - Terimakasih banyak2. Insya Allah, nanti I link up.

Yura - Biar lambat asal selamat....tapi virtual birthday cake dah habis....jangan marah...

Thu Dec 21, 06:51:00 AM  

Post a Comment

<< Home