Tuesday, July 11, 2006

Peranan bahasa di dalam saat-saat akhir Piala Dunia

Gambar dari AlArab online
Saya tak tahu. Saya rasa saat ini pun ramai yang belum tahu kenapa Zidane meradang sehingga menandukkan kepalanya ke dada pemain Italy, Marco Materazzi, di dalam perlawanan terakhir Piala Dunia yang baru berlalu pada pagi Isnin lalu.

Memang kemenangan Italy menjulang Piala Dunia menjadi perhatian dunia. Namun, kejadian tandukan dada oleh Zidane itu juga tidak kurang mendapat perhatian dunia. Sayang, kegemilangan Zidane berakhir dengan titik hitam itu. Sayang, setelah dia dilayangkan kad merah itu menandakan persaraannya daripada arena bolasepak professional.

Ada laporan mengatakan bahawa Materazzi telah mencemuh dan melontarkan tohmahan demi tohmahan terhadap pemain berketurunan Algeria itu. Ada kemungkinan dia telah memanggilnya dengan gelaran `Terrorist', dan mungkin juga dia telah mencaci kakak Zidane dengan panggilan-panggilan kesat seperti pelacur dan sebagainya. Namun kedua-kedua pemain yang terlibat enggan mengulas.

Yang pasti, di sini, bahasa memainkan peranan dalam menaikkan kemarahan, sekaligus, menjatuhkan reputasi seorang pemain handalan, yang kecemerlangannya tidak diragui lagi. Menerusi peluru bahasa, dapat kelihatan kelemahan seseorang itu apabila dia tidak dapat menahan kemarahannya dengan perisai kesabaran.Kita dapat lihat bagaimana dengan cemuhan dan tohmahan, mangsa kata-kata kesat itu boleh buat apa sahaja, sehinggakan dia tidak malu untuk membalas dendam di depan 1.5 billion penonton seluruh dunia.

Mungkin, wartawan dan mereka yang mengundi Zidane untuk mendapat Bola Emas Fifa sebagai Pemain Terbaik akan menyesal membuat undian itu setelah menonton semula ulang-tayang kejadian menyondol dada itu.

Mungkin kita kata pada diri sendiri : Mesti sabar. Bawa bertenang sebab itulah yang sewajarnya dan yang sepatutnya dilakukan.

Tetapi, kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Walau apapun, memang betul, sebaik-baiknya, Zidane tidak sepatutnya membuat begitu. Kalau ditikam dengan lidah, jangan lawan balik dengan kepala, lawan balik dengan lidah! (Ai? Gelinya bunyinya...Lepas tu suruh orang bertengkar pula) Sebaik-baiknya buat bodoh, berdiam diri atau katakan sesuatu yang tajam dan pintar. Tapi, kalau dah dasar mulut orang, mana boleh ditutup? Jangan dilayan orang yang cakap bukan-bukan.

Kalau orang panggil awak `Terrorist', atau mencemuh kakak awak dengan kata-kata kesat, apa akan awak lakukan?
a)senyum
b)menjelirkan lidah
c)sepak dan terajang
d)gunakan kreativiti

11 Comments:

Blogger yuRa said...

Saya tak dapat bayangkan betapa kesatnya kata-kata yang dilemparkan Materazzi sehingga Zizou yang begitu cool boleh hilang sabar.

Sukar nak menghakimi mereka. Hanya mereka berdua saja yang tahu apa yang benar-benar berlaku di padang ketika itu.

Memang lidah tidak bertulang. Sedap saja bila berkata!

Tue Jul 11, 11:18:00 AM  
Blogger melayudilondon said...

Menurut akhbar di sini, mungkin Marco memberi kata2 kesat dgn emak Zidane ie. your mother is a *beepbeep*. Kebetulan emak zidane sedang sakit. tak tahu lah tapi tabik pada Zidane kerana tidak berkata apa2 pada akhbar! tunggu offer million kot?

Tue Jul 11, 04:52:00 PM  
Blogger yuRa said...

saya setuju! saya pandang tinggi (tapi memang pon Zizou tinggi) kepada selebriti yang tidak membuka pekong di dada kepada pihak media. very dignified of him

Tue Jul 11, 04:55:00 PM  
Blogger yuRa said...

e'eh? siapa si manis lesung pipit di palang tepi tu agaknya ya? :p

Tue Jul 11, 07:05:00 PM  
Blogger melayudilondon said...

hahahah.. kan dah cakap, cuba teka. hadiah lumayan merupakan tiket pusingan akhir Piala dunia 2006 menanti anda! ;)

Tue Jul 11, 08:28:00 PM  
Blogger Nani said...

Sahabat-sahabat saya semuanya manis-manis, termasuk yang empunya blog. Jangan marah. Siapa lagi nak angkat bakul...heh Alhamdulillah.

Tue Jul 11, 09:27:00 PM  
Blogger yuRa said...

aah? pusingan akhir Piala Dunia? awak tinggal di planet mana agaknya, cik sriperwira? hahah

cik puan empunya blog, nasib baik kali ni awak betul. hehhe.. awak memang manis pun!

Tue Jul 11, 10:24:00 PM  
Blogger Nani said...

Terima kasih daun keladi.

Tue Jul 11, 10:52:00 PM  
Blogger melayudilondon said...

alamak amalia. saya dah tak kecik dan tak molek lagi. tapi manis tu adalah.. *batuk kecil*

Tue Jul 11, 10:54:00 PM  
Blogger Nani said...

Tak tinggi tak apa...
Tak kecil tak apa...
Asalkan manis pada rupa dan hati..heh heh (Agaknya makan banyak sangat gula sampaikan hati pun manis...)

Wed Jul 12, 02:01:00 PM  
Blogger Nani said...

Jadi, apa reaksi kita kalau dicemuh dengan kata-kata kesat?

Fri Jul 14, 09:23:00 AM  

Post a Comment

<< Home