Tuesday, August 29, 2006

Siti Nurhaliza & Datuk K - Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat....bukan sampai anak cucu aje...

Saya iringkan doa dan harapan semoga Siti Nurhaliza dan Datuk K berbahagia dan berkekalan hingga ke AKHIR HAYAT. Kalau diizinkan Tuhan, bolehlah berjumpa kembali di syurga.

Ramai yang mungkin berniat baik asyik sebut dan ucapkan...Semoga berbahagia hingga ke anak cucu....Ish Ish Ish ...Kalau nak ucapkan tu biarlah fikir dulu...Kalau sampai anak cucu, kadang-kadang ada orang bila dah ada cucu, buat hal pulak...mintak di jauhkan Tuhan.

Walau bagaimanapun, dengan sambutan persandingan yang memakan belanja yang sangat besar tu, biarlah mahligai yang dibina berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat ataupun ke syurga. Amin.

Thursday, August 17, 2006

Lagu Istimewa II - Istana Menanti

Lagu ini aku tujukan khas untuk 2 mama blogger yang sangat aku sayangi : Yura dan MelayudiLondon yang rajin melayan aku di ruang siber dan sanggup mengorbankan masa untuk bersama. (Anon dan Eksyen tak kenal ha - bawak berdamai ok...)

Lagu ini terlalu bermakna pada aku. Teringat dulu, nak masuk U punyalah susah. Dulu cuma NUS dan NTU aje yang diiktiraf, jadi persaingan lebih sengit. Sekarang peluang-peluang lebih banyak untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan.

Dulu, waktu remaja, setiap kali lagu ini dimainkan, berlinangan air mata. Banyak cubaan, banyak rintangan, banyak yang perlu dilalui untuk mencapai cita-cita. Sekarang, lain cubaan pulak yang datang dalam rupa yang berbeza.

Untuk semua yang melalui kepayahan dalam perjuangan hidup, Insya Allah ada ISTANA MENANTI. Cuma kenalah sabar, usaha dan sentiasa berdoa. (Hah Nani, ingat tu!!!)

Okay, Yura dan MelayudiLondon, nikmatilah lagu ini.

Wednesday, August 16, 2006

Lagu istimewa - Juwita Citra Terindah

Isteri : Bang, I nak dedicate lagu untuk you.

Suami : Lagu apa?

Isteri : Lagu terbaru M. Nasir. Best lagunya. Actually, lagu tu daripada lelaki untuk perempuan. Tapi takpelah. You tengoklah blog I.




Lirik lagu Juwita Citra Terindah

Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak klise
Bagai habis bahasa bermutu
Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu Taj Mahal didirikan

Barangkali kita perlu
Melihat di sebalik materi
Kau wanita, aku lelaki
Ayuhlah kita mengikat janji

Yang kau juwita menolak segala dusta
Citra yang indah
Citra yang sakti

Ku serahkan nasibku pada cinta murni
Juga ku rasakan bakti
Patahkan ku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi

Ooo... Ooo... pujaan
Ooo... Ooo... juwita
Kau segala-galanya
(Sempurnakan cintaku)

Kau juwita menghidupkan jiwa yang lara
Menggoncang kalbu yang lama membeku

Tuesday, August 15, 2006

Kalau tak ada angin bertiup, takkan pokok bergoyang...(boleh kalau ada beruk yang menggoyangkannya)



Kira-kira seminggu yang lalu, telah dilaporkan di dalam akhbar bahawa menantu Pak Lah atau Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin, telah di tuduh mempunyai isteri kedua.

Setahu dia, dia hanya punya seorang isteri. Dia sendiri tak tahu bila masa dia bernikah dengan Maya Karin, pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik peringkat Asia itu.

Saya suka pepatah yang dia gunakan untuk menepis tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada dirinya. Belum terfikir bahawa, memang pokok boleh bergoyang selain dari disebabkan angin bertiup. Pintar jugak Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno tu. Dia gunakan peribahasa unutk bahasakan balik orang-orang yang berkomplot untuk memfitnahkan dia. Tersengih saya bila membaca bahawa memang beruk pun boleh menggoyangkan pokok. Jadi, orang-orang yang menyebarkan fitnah itu bak beruklah nampaknya...Ish Ish Ish

Dasyat dunia politik ni. Hal-hal peribadi pun sanggup digunakan untuk menjatuhkan orang lain.

Dan semakin lama, cuaca politik di Malaysia semakin menyedihkan . Ada orang kata, memang baik serangan-serangan laser dari mulut untuk membangunkan pentadbiran negara. Tapi common sense beritahu kita bahawa cara terbaik memberi pandangan adalah dengan cara yang diplomatik. Ini apa yang berlaku?

Sedang dunia sibuk dengan bantahan tentang balas dendam Israel dengan Hizbollah di Lebanon, di negara jiran kita pula sedang sibuk dengan politik dalaman. Sebenarnya mereka mempunyai pengaruh yang besar sekiranya mereka menyuarakan dengan lantang pendirian mereka. Tapi sedihlah. Ini yang berlaku.

Seperti yang pernah saya katakan di dalam blog yang terdahulu, walaupun saya bukan rakyat Malaysia, namun saya dapat merasakan bahang kecaman-kecaman Dr M terhadap Pak Lah. Sebagai orang Melayu saya rasa paha dicubit. Banyak saudara-saudara di Lebanon yang perlu sokongan dan bantuan. Kalau kita sedang sibuk dengan politik dalaman, macam mana nak kuatkan pengaruh di Timur Tengah?

Thursday, August 10, 2006

Adakah minda kita masih dijajah?

Kita meraikan Hari Kebangsaan. Kita meraikan hari kita merdeka daripada penjajahan British, Jepun dan sebagainya. Tapi adakah kita benar-benar bebas daripada segala macam penjajahan.

Apakah minda kita masih dijajah oleh British ataupun Barat. Apakah setiap gerak dan tingkah-laku kita masih di cengkam anasir-anasir luar? Apakah setiap dari Barat itu bagus dan setiap dari timur itu tidak bagus?

Apakah kita ada identiti kita sendiri, sebagai anak Melayu/Islam Singapura? Apakah kita masyarakat yang tidak ada identiti?

Dalam kita hidup di zaman globalisasi, setiap unsur yang datang dari mana pun akan cepat mendapat tempat dan meresap di dalam kehidupan kita. Sekiranya unsur dan nilai daripada barat itu baik dan boleh dijadikan sebahagian daripada budaya kita, dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum agama, maka, tidak menjadi salah jika kita mengamalkannnya. Tapi, kalau anasir-anasir buruk itu, sekiranya memang asalnya dari naluri manusia sendiri pun, yang sudah tentu salah seperti seks sebelum bernikah, beranak-pinak tanpa bernikah, maka kita harus bijak menepisnya.

Lebih mudah cakap dari bikin - Itulah ungkapan kebanyakan dari kita. Bila berhadapan dengan nafsu, kadang-kadang pak haji pun tewas dengan wanita. Apalagi manusia normal yang ada perasaan, nafsu dan hormon yang bergelora. Tapi, kalau dah nikah tu, buatlah apa awak nak buat dengan pasangan awak sebab dah pun sah.

Masalahnya sekarang, menurut statistik, remaja kita terlebih perwakilan jika dibandingkan dengan bangsa lain dari segi masalah sosial.

Tahun 2004 :
434 remaja wanita Melayu melalui penguguran, 1/3 dari jumlah keseluruhan
Hampir 300 remaja Melayu dijangkiti penyakit kelamin, 1/2 dari jumlah keseluruhan
417 remaja wanita Melayu melahirkan anak - lebih dari 1/2 dari jumlah keseluruhan kelahiran remaja.

Peliknya, ada jugak suara-suara yang tidak boleh terima hakikatnya. Mereka kata bangsa lain pun banyak masalah seks, cuma mereka pandai mengamalkan pencegahan. Dan mereka juga tidak kahwin awal.

Saya rasa ini memang masalah semua bangsa. Tapi, kita tak boleh lari dari statistik kerana ianya menggambarkan gambaran yang hampir tepat. Sampai bila kita nak lari dari kenyataan??

Jadi, bila Mendaki adakan kempen katakan `Tidak' pada seks (sebelum bernikah) kerana ianya lebih seksi, saya rasa ianya adalah satu inisiatif yang bagus. Takkahlah mereka nak kata `Buatlah seks banyak-banyak asalkan awak mencegah kehamilan!' - Tentu tak masuk di akal. Itu kalau badan bukan Melayu/Islam yang anjurkan, itu mencerminkan nilai merekalah.

Biar kita dengan nilai kita, dengan budaya kita, dengan identiti kita. Tak buat seks sebelum bernikah boleh mati ke? Ada 1001 macam perkara yang boleh dan perlu dilakukan dalam hayat kita - bukan seks aja. Bermacam ilmu dunia dan akhirat yang perlu diterokai, bermacam aktiviti dalam rumah dan luar rumah yang boleh kita lakukan. Bukan seks aje.

Bernikah pada usia yang sesuai bukan kerana terlanjur. Rancang kehidupan kita dan mintak redha Allah. Lepas bernikah, kalau umur panjang, bayangkan bertahun-tahun lamanya pasangan suami-isteri boleh berasmaradana. Jangan cari pasangan lain pulak, nanti masalah lain pulak timbul.

Raikan hari bebas penjajahan dengan membebaskan minda dan seluruh budaya diri kita dari cengkaman dan anasir-anasir negatif, tidak kiralah dari mana.