Thursday, October 26, 2006

Kejam celik dah pun 3 Syawal

Masa berlalu begitu pantas sekali. Dah pun hari raya ke tiga. Tahun ini, oleh kerana hari raya jatuh pada hari Selasa, sambutan hari raya terbantut sekejap sebab suami masih di perlukan di tempat kerja pada hari raya kedua, ketiga dan seterusnya. Hujung minggu ni barulah kami sekeluarga boleh teruskan ke rumah sanak saudara yang tak sempat kami ziarah pada hari raya pertama.

Tak seperti hari raya semasa sebelum berumahtangga, selapas beranak dua ni, susah sikit nak tunaikan solat Hari Raya. Macam mana nak bawak budak2 pergi masjid? Takut pulak dia tawaf keliling masjid ataupun pergi ke jalanraya semasa kita bersolat hari raya. Maklumlah solat Hari Raya untuk muslimah di bawah khemah di luar masjid dan dekat pulak dengan jalanraya. Kadang-kadang terkilan jugak. Tapi apa nak buat... Kita ni jaga budak pun berjihad dengan cara tersendiri. Harap2 kalau budak2 ni dah besar dan dah faham sikit, bolehlah bawak mereka ke masjid tunaikan solat Hari Raya.

Solat Hari Raya di masjid ni, istimewanya ialah semua jemaah sama2 bertakbir - powernya lain macam. Menusuk ke kalbu. Hiba dan rasa keinsafan pasti terasa. Airmata pasti berlinangan.

Teringin nak rakamkan gambar2 raya di blog ni tapi susah nak upload - entah apa problemnya. Nantilah, kalau suami dah senang sikit, bolehlah dia bantu. Sementara tu, video ni pun memang saya suka.

Friday, October 20, 2006

Harapan



Dalam keghairahan aku nak cat rumah (rumah virtual), ada beberapa pautan dan kenalan yang hilang. Alahai...sayangnya. Ini termasuklah Lela dan Purple Monster. Nasib baik jugak pautan Ayu dan Shikin boleh dapat kembali.

Berkenaan dengan `posting' kali ini, aku ada berharap jugak, bahawa anak-anak kita akan membesar menjadi anak-anak yang mendoakan kebaikan untuk ibu-bapa mereka.

Video di atas juga memaparkan harapan yang aku kongsi dengan budak lelaki tu. Raya ni, ada yang masih kebuluran, ada yang masih lagi kesusahan, ada yang masih lagi belum aman. Doa ku iringkan untuk mereka. Bahagialah mereka di mana mereka berada. Amin.

Wednesday, October 18, 2006

Mak ku sayang.




Untuk raya, mak dah pun kasi 2 tin kerepek - satu tin kerepek pisang, satu tin rempeyek. Mak memang macam tu. Siang-siang dia dah siap. Dia tak suka `last minute' katanya. Bukan itu saja, popiah kecik, kueh chocolate almond dan kuih tat dah pun ada kat rumah. Semua tajaan mak.

Macam tulah mak aku. Kalau bab kasi-kasi ni, dia memang nombor satu. Kalau orang nak bayar, dia kata tak payah. Dia memang jenis, kalau kita kasi satu, dia balas balik sepuluh.

Kadang-kadang kalau aku terdengar orang menyindir mak aku, memang aku fed-up. Memanglah mak aku tak sempurna. Tapi mak tetap mak. Dia istimewa. Tak ada siapa dalam dunia ni yang macam dia. Dia berkorban siang malam untuk anak-anak, untuk keluarga. Dia kesana-kemari mengajar, dalam usia yang agak lanjut untuk turut membantu adik aku yang punyai anak berpenyakit. Lagi pulak, pagi-pagi lagi dia dah bangun untuk menghantar adik aku ke tempat mengajar. Seminggu sekali, dia hantar cucu dia pergi ke hospital untuk therapy.

Dalam hidup ni, memang ada yang aku kenal yang kedekut na`uzubillah.... nak keluar duit untuk keluarga sendiri pun susah. Entahlah.

Tapi aku selalu ingat pesan mak. `Duit tak bawak mati.' Jadi jangan kedekut menghulur orang susah ke, orang yang tak mampu ke... Kalau nak cari pahala, biar tengah masih hidup. Dah mati, dah terlambat.

Itulah mak aku yang sangat aku sayang. Aku doa semoga mak sentiasa dirahmati dan diredhai Allah. Amin.

Sunday, October 08, 2006

Kalau nak buat baik, jangan di tangguh.

Memang terlalu awal untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Belum datang Lailatul Qadar, dah nak sibuk Raya pulak. Tapi aku cuma nak ketengahkan iklan ini yang aku suka. Ini adalah diantara iklan Petronas yang menyentuh hati aku. Iklan ini mengingatkan aku bahawa kalau kita nak buat baik, jangan di tangguh sebab kita tak tahu hayat kita panjang mana.

Sunday, October 01, 2006

Hikmah di sebalik teguran

A1 : You vote tak Singapore Idol?

A2 : Tak. Tapi kawan2 I ada votelah. You vote?

A1 : I vote tapi orang lain bayarkan. Takdelah I vote sampai beratus2. I cuma vote apa yg mampu terbayar....$3 boleh beli Mee rebus ke Nasi Ayam...

A2 : (Dgn nada serius) Buang duit eh... Duit tu kan boleh digunakan untuk perkara yang lebih perlu dan lebih berfaedah.

A1 : Yalah. tapi ada orang memang tak mampu untuk perkara lain..tapi tetap vote banyak2. Tapi ada orang memang mampu dan ada budget sikit.

A2 : (Dgn nada perlahan dan hormat)Tapi Singapore Idol ni kan banyak Syubahat...banyak maksiat...kalau kita vote, macam kita galakkan maksiat gitu...

A1 : (tergamam sebentar...malu jugak)Yalah...memang perkara ni syubahat...sebaik-baiknya memang digalakkan kita tinggalkan tapi kakak macam takde kerja lain...cuma masa kakak vote, kakak niat yg kakak nak orang yang lebih berbakat menang...takdelah kakak niat nak galakkan maksiat. Tapi betul jugaklah, vote kita seperti tak secara langsung bersabit dengan perkara2 maksiat yang lain...

Nota :

-A1 dan A2 ada banyak persamaan. Apa tidaknya, mereka adalah sepupu. Ibu mereka kedua2nya adalah ustazah. Bapa mereka bukan ustaz. Kedua nama mereka bermula dengan huruf A. Mereka dibesarkan dalam suasana agama yang agak ketara. Kedua-dua keluarga memang menggalakkan anak2 mereka mengambil bahagian dalam peraduan syarahan, membaca quran dan sebagainya.

-Cuma A1 17 tahun lebih tua. Dan A2 pula pelajar Madrasah sepenuh masa manakala A1 bekas pelajar madrasah separuh masa.

Ini pandangan aku...
Singapore Idol memang rancangan berunsur hiburan. Dan di Singapura ni, banyak perkara hiburan yang berkait rapat dengan maksiat... Aku tersedar dari tidur, bangun terlalu awal untuk sahur...pun dek terfikir pasal perkara ini. Mungkin kerana aku rasa bersalah. Mungkin kerana aku ni pun kadang2 boleh terbuai jauh dengan suara penyanyi. Memang...sesiapa yang ditegur mesti terasa. Lagi pulak, aka memang jenis yang perasa.

Mungkin teguran itu ada hikmahnya. Ini bulan Ramadhan. Segala amalan berlipat ganda pahalanya. Yang asyik tengok Youtube lama2 tu apa pasal. Tengok ulang-tayang Hady Mirza menyanyi berkali2. Kalau kita pernah belajar Economics mesti kita tahu tentang Opportunity Cost... apa yang kita korbankan bila kita buat sesuatu perkara... masa yang digunakan depan youtube boleh digunakan untuk banyak perkara yang lain yang berfaedah. Dah tengok sekali ke dua kali tu dahlah. Orang yang menang dah ditawarkan kontrak rakaman. Yang kita ni, tak ke mana lagi. Bak kata mak aku kalau aku buang masa ketika remaja...`Orang dah ke bulan, dah ke London, dah sampai mana2, kau masih kat Sungai Road'

Pasal voting tu pun, memanglah aku mengaku. Aku memang tak sepatutnya buang duit macam tu. Tapi nasi dah jadi bubur. Hady Mirza dah menang pun. Memang aku malu nak cakap, tapi demi kebaikan diri aku sendiri, aku mestilah cakap jugak. Lain kali, pikir 10 kali sebelum buat sesuatu. Sebenarnya, duit tu pun boleh buat derma. Aku cuma mampu menyebut `Astaghfirullah' berkali-kali.

Syubahat tu adalah perkara yang samar2 - namun dianya dekatlah sangat dengan perkara2 yang haram. Memang ada Hadis yang suruh kita memelihara diri daripada perkara syubahat supaya terpelihara agama dan kehormatannya....Kalau kita buat jugak, kita menanggung risiko takut terjatuh dalam perkara yang haram. Macamtu lah....

Aku dalam proses koreksi diri.