Friday, December 29, 2006

Mengenang saat Wukuf di Arafah 2002

Senja nanti, para tetamu Allah akan berkumpul di padang Arafah. Aku di sini hanya mampu berpuasa sunnat. Tahun ini, alangkah beruntungnnya para jemaah haji sebab mereka akan dikuniakan Haji Akbar sebab Hari Arafah jatuh pada hari Jumaat. Walaupun begitu aku pasrah dengan ketentuan Allah sebab inilah yang dikatakan bahagian masing-masing. Inilah yang dikatakan rezeki masing-masing. Semasa aku menunaikan Haji pada tahun 2002, Hari Arafah jatuh pada hari Khamis, jadi maknanya aku terlepas Haji Akbar. Namun begitu, aku tetap bersyukur sebab aku telah pun laksanakan Haji menurut kemampuanku pada waktu itu.

Aku teringat saat aku berada di bawah khemah di padang Arafah. Aku terlalu cengeng. Aku terlalu hiba. Aku terlalu tersentuh. Tiba-tiba sahaja airmataku berterusan berlinangan macam paip rosak. Aku tak mampu melihat sesiapa. Aku tunduk menutup mukaku dengan kedua belah tangan dan terus menerus mengesat airmata yang deras mencurah-curah. Aku menangis sehingga terketar-ketar.

Pada waktu tu, cuaca tersangatlah panas, aku ingat aku sakit selsema dan sakit tekak. Aku dapat bayangkan segala peristiwa masa lalu terpancar di ruang mata bak menonton wayang gambar. Satu demi satu, perbuatan baik dan buruk terlihat bagaikan ada kesan flashback di depan mata. Aku tak tertahan lagi. Aku dapat rasakan betapa kerdilnya aku. Aku dapat rasakan nilai aku disisi sang Pencipta. Apatah lagi, waktu itu juga aku belum dikurniakan anak setelah empat tahun berumahtangga. Aku betul-betul dapat merasai bahawa manusia hanya punyai kuasa yang terhad kerana apabila kita hendakkan anak,atau kita hendakkan apa pun, bukan kita boleh dapat dengan sekelip mata. Kita boleh usaha macam mana pun, tapi kalau Tuhan belum nak kasi, kita takkan dapat. Kerana kuasa mutlak untuk memberi kehidupan kepada anak itu, atau memberi apa pun, adalah dari sang Pencipta dan bukan manusia.

Bila menonton video Arafah di Youtube terbitan Shahidah Travel, aku diterbangkan kembali semasa aku di sana pada 2002. Semoga mereka yang berada di sana terutama ibu-bapaku, ibu dan bapa mertua Ayu, makcik Azman, mak dan bapa Rozi dan yang lain-lain akan dikurniakan Haji Mabrur dan diselamatkan dan dimudahkan ibadah mereka. Dan aku pun masih berharap bahawa Hajiku yang kelmarin adalah Haji Mabrur. Amin.

Labels:

Monday, December 25, 2006

Hari Ulangtahun Pernikahan





Hari ini Hari Ulangtahun Pernikahan yang ke-9. Alhamdulillah.

Labels:

Saturday, December 16, 2006

Hari ini hari istimewa

Pagi-pagi lagi kita dah terima sms dari 3 insan penting. Ayu, Mak dan Cik Mis. Masing-masing berikan ucapan. Ucapan hari lahir. Sebab hari ni, hari lahir kita. Kejam celik kita dah pun masuk 34 tahun. Biasalah, kita ni kan orangnya jenis yang perasa, jadi, terharulah dapat ucapan awal-awal lagi. Tak payah hadiah mahal. Yang penting, kita ni diingati.

Suami tak payahlah kasi sms. Sebaik keluar dari bilik air, dia beri ucapan dan iringan doa.

Setiap tibanya hari lahir, hati ni agak tersentuh. Terharu sebab Allah panjangkan umur. Dapat peluang bernafas. Dapat teruskan kehidupan. Dapat peluang baiki kesilapan dan kekurangan masa lepas. Dapat bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai tersayang. Dan dapat hidup dalam keimanan, kesehatan dan banyak lagi. Tak semua orang dapat peluang macam ni. Alhamdulillah hi rabbil alamin.

Sempena hari lahir, kita ni banyak harapan. Tapi biarlah harapan-harapan tu rahsia...(Ceh....macam Siti Nurhaliza pulak) Malulah nak pukul canang beritahu satu dunia kan... Cuma yang penting, kita harapkan kesabaran, keimanan, kebaikan, kebahagiaan, kesehatan dan keselamatan dunia akhirat. Amin.

Friday, December 01, 2006

Masak sayur campak-campak


Dah lama nak tulis pasal makanan yang kita masak kat dapur. Memanglah tak hebat macam kat hotel tapi bolehlah sekadar nak hidup. Pada anak-anak, apa yang kita masak sedap aje. Makanan tu mungkin simple aje, tapi diaorang makan ngamel kata orang Jawa. Tu pasal, kita sentiasa semangat nak masakkan anak-anak.

Sebenarnya buku resipi kat rumah tu memang banyak. Cakap aje apa, resipinya ada. Soalnya pernah cuba ke tidak. Kebanyakannya belum cubalah.

Yang paling kita suka masak ialah resipi yang mudah yang menggunakan paling sikit bahan-bahan jadi masa persiapan sekejap je. Paling kita suka ialah memasak campak-campak. Tak payah susah-susah nak kira sukatan. Pakai agak-agak, dan gunakan sikit common sense, Insya Allah, lauk tu menjadi.

Masakan favourite kita ialah masak sayur oyster atau pada kita Masak Sayur Campak-Campak. Namanya macam tu sebab kita boleh campak aje sayur apa kita nak, gaul rata dengan bawang putih dan halia yang telah ditumis, dan kicap dan oyster sauce - jadi! Kalau nak pekat gaul sedikit tepung maizena dengan air panas kemudian campurkan dengan bahan yang telah ditumis. Kalau nak berkuah, tambah air dan garamnya bubuhlah secukup rasa.

Tak percaya pergi cuba sendiri.