Engkau atau Aku, Awak atau Saya, Lu atau Gua

Cikgu Rohaya di sekolah dulu ada menyebut tentang kegunaan Kata Ganti Diri yang sesuai digunakan. Dia ada membaca karangan kawan sedarjah saya dan menekankan bahawa kita perlu konsisten dalam satu-satu penulisan itu.
Sekiranya kita gunakan `saya' dan `awak' untuk sesebuah karangan, maka keseluruhan karangan itu, haruslah kita gunakan `saya' dan `awak'. Cuma jika perlu, dalam dialog misalnya, kita mungkin ingin menggunakan `aku' atau `engkau'. Janganlah kita gunakan `saya', `engkau', `awak' dan `aku' berselang-seli kerana seperti tak kena dan tak sesuai kekata-kekata itu di campur adukkan kegunaanya.
`Engkau' dan `Aku' sesuai digunakan di dalam puisi dan dalam komunikasi yang tidak formal. Ada di antara pengguna bahasa Melayu yang berpendapat bahawa `engkau' dan `aku' kasar bunyinya. Namun, di antara adik beradik, di antara lelaki dengan lelaki dan mungkin kawan-kawan yang akrab misalnya, mereka lebih selesa berkomunikasi menggunakan `aku' dan `engkau'. Ianya tidak bermakna bahawa mereka tidak hormat di antara satu sama lain. Ianya tidak bermakna bahawa mereka bertujuan berkasar dengan satu sama lain. Isi komunikasi mereka juga akan menentukan kesesuaian kegunaan kekata-kekata tersebut.
`Saya' dan `awak' memang sedap bunyinya apabila digunakan. Ianya lembut dan sesuai digunakan di dalam komunikasi yang lebih formal dan situasi yang terjaga. Kebelakangan ini, ada filem-filem terbitan Malaysia seperti `7 perhentian' yang pelakonnya menggunakan `awak' dan `saya', di mana sesuai. Sedap di dengar dan bersesuaian dengan jalan cerita.
Cuma `Lu' `gua' memang kasar bunyinya. Jarang pengguna bahasa Melayu menggunakan kekata tersebut kecuali mereka yang berketurunan Cina dan mungkin mereka yang menganggap kegunaannya itu kool. Namun, ianya tidak digalakkan digunakan dalam penulisan kecuali sekiranya penulis ingin mencapai sesuatu kesan tertentu seperti ingin mengenengahkan watak yang kasar umpamanya.
Awak senang dengan Kata Ganti diri yang mana satu?
7 Comments:
wahhhhh.. tengah bersenam nampaknya. hahahaha...
Eh wah...cak pong...cak pong...(Bayangkan otak saya joget ronggeng, jangan tergolek pulak...)
lu, gua, mak lu, bini gua.
kkk!(ketawa kuat kuat)
Saya masih ingat lagi ungkapan Cikgu Rohaya tu..
Bayangkan seorang bapa cakap dengan anaknya macam tu... bapak mabuk agaknya.
bagaimana dangan kata-kata yng berakhir dgn "bapak kao" atau datuk kao? i.e. kau ingat ni kedai bapak kau? hahahahaa... jahat!
Mungkin kegunaan `bapak kau' atau `datuk engkau' digunakan untuk merakamkan ketidak-puasan, sindiran atau sesuatu yang si pengguna tidak senang dengan si pendengar...
Bayangkan sekiranya harga baju $100 tapi kita tawar sampai $40, mestilah si pekedai menjerit-jerit dalam hati `Engkau ingat, ni bapak kau punya kedai!'...tapi kita sering dengar `bapak kau' atau `datuk kau'. Jarang kita dengar `abah kau' atau `ayah kau'. Mungkin kerana kesannya tidak di capai sepenuhnya.
Selalunya si pengguna menekankan `b' dan `p' dengan sangat pekat...`BaPak kau'
Gitulah bahasa...ianya digunakan unutk mencapai satu mesej tertentu..
Pandai awak fikirkan sudut bahasa yang begini.
Pandai! pandai! memang kalau perkataan itu ada huruf P dan K, memang sedap untuk dibuat kata-kata kesat *contoh fikir sendiri ah.. ni blog keluarga* hehehe.. kesannya pun sama juga dalam bahasa Inggeris. hehehehe
Post a Comment
<< Home