Memperkasakan Budaya Cemerlang dalam hidup kita

Mardan Mamat, Shamsul Maidin, Masagos Zulkifli, Dr Mansoor Jalil dan Halimah Yacob adalah diantara masyarakat Melayu Singapura yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Setiap kali saya membaca kisah kejayaan mereka atau pencapaian mereka, bulu roma saya ternaik kerana seperti terangsang untuk sama-sama berjaya dan cemerlang seperti mereka.
Mardan Mamat adalah pemain golf pertama Singapura yang memenangi Singapore Masters yang diiktiraf bukan sahaja di Singapura malah di Eropah juga. Dia bukan sahaja mengharumkan nama bangsa Melayu tetapi dia juga menjadi kebanggaan Singapura.
Shamsul Maidin pula adalah pengadil bolasepak atau referee di mana dia telah dipilih untuk mengadili 3 perlawanan bola semasa Piala Dunia 2006. Dia juga diiktiraf sebagai Pengadil Terunggul atau `Top Referee'Piala Dunia Fifa 2006 oleh soccernet.com. Walaupun pasukan bola Singapura masih jauh dalam menyertai Piala Dunia, Singapura sangat berbangga dengan penyertaan Shamsul Maidin sebagai pengadil.
Masagos Zulkifli pula adalah anak Melayu pertama yang mendapat Honours kelas pertama dalam bidang kejuruteraan ketika di Universiti dulu. Dia telah dijemput PAP untuk menyertai politik sebanyak 3 kali sebelum akhirnya dia setuju. Dialah yang telah mempelopori Mercy Relief yang sangat aktif memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa musibah di merata dunia. Kini dia adalah Setiausaha Politik (Senior) di Kementerian Pendidikan.
Dr Mansoor Jalil pula tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia adalah anak Melayu pertama yang mencapai Degree kelas pertama dalam bidang fizik daripada Universiti Cambridge.
Puan Halimah Yacob pula adalah `Top Unionist' yang pernah memenangi Anugerah Jauhari Berita Harian. Saya amat kagum dengan sumbangannya dalam memajukan masyarakat.
Mereka adalah contoh kecemerlangan dalam masyarakat Melayu Singapura yang sangat memberangsangkan. Sebenarnya ada ramai lagi yang cemerlang.
Marilah kita memperkasakan budaya cemerlang dalam hidup kita. Kalau mereka boleh, Insya Allah, kita pun boleh. Tapi takkan bulan jatuh ke riba. Tak ada kejayaan yang akan dapat dikecapi kecuali dengan
1)kemahuan yang jitu, (di mana ada kemahuan, di situ ada jalan / hendak seribu daya, tak hendak seribu helah)
2)wawasan yang kukuh, (arah / hala tuju / ke mana? / jangan tersesat)
3)perancangan yang teliti dan (Jika kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal)
4)kerja keras yang ampuh. (kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya)
Allah juga ada berpesan supaya kita berlumba-luba mencapai kejayaan seperti firmannya di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah : 148, yang bermaksud :
Berlumba-lumbalah kamu dalam (melakukan) kebaikan.
2 Comments:
Quran Nashrah 94:7 Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
tak kisahlah apa peranan kita dalam masyarakat. pokoknya kita melakukan yang terbaik di dalam apa yang kita lakukan. saya percaya anda adalah ibu yang terbaik bagi anak-anak anda. itu kejayaan yang besar! :)
Saya suka dengan ayat itu. Terima kasih kerana sanggup awak carikan.
Betul, tak kisahlah apa peranan kita, asalkan kita lakukan dengan sungguh-sungguh. Pelajar ke / kerja di bank ke asalkan kita berikan yang terbaik dalam melaksanakan kerja.
Saya memang mengharap untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Saya masih dalam perjalanan dan pengembaraan sebenarnya...:)
(Aku yang masih di perjalanan, hidup ini...Ramli Sarip)
Post a Comment
<< Home