Monday, July 17, 2006

Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu lebih penting? Apakah penguasaan dwibahasa perlu?


Kedua-dua bahasa penting dan kedua-duanya memainkan peranan dalam era globalisasi.

Bahasa Inggeris lebih bersifat kesejagatan. Ianya adalah bahasa untuk kita mengenal dan berinteraksi dengan kaum dan bangsa lain. Demi kemajuan dan perkembangan, memang pengguna bahasa Melayu perlu juga menguasai bahasa Inggeris supaya kita juga dapat cemerlang di dalam bidang-bidang di mana bahasa utama yang digunakan ialah bahasa Inggeris.

Bahasa Melayu pula adalah ciri penting untuk mencapai perpaduan diantara bangsa dan pengguna bahasa. Ianya juga perlu untuk mengekalkan jati diri bangsa Melayu itu sendiri.

Sama juga seperti bahasa Mandarin, Tamil dan bahasa-bahasa yang khusus digunakan oleh bangsa-bangsa tertentu. Ianya memang penting dipelihara untuk memastikan bahawa jati diri sesuatu bangsa itu tidak pupus di telan zaman.

Lalu apakah menguasai kedua-dua bahasa itu penting? Tentu sekali penting, sebab, untuk berjaya dan cemerlang di Singapura ini, dengan hanya menguasai bahasa Melayu tapi lemah dalam bahasa Inggeris pun payah untuk bergerak di dalam arus sosial. Bukan tak boleh berjaya sekiranya hanya menguasai satu bahasa, cuma kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai mungkin terbatas.

Hanya menguasai bahasa Inggeris tapi lemah dalam bahasa Melayu pun mempunyai akibat yang buruk. Bahasa Melayu mendekatkan diri kepada sastera Melayu yang sekaligus memudahkan kita menyingkap budaya Melayu itu sendiri. Ianya juga penting untuk mengekalkan jati diri orang Melayu. Pernah tak awak terbayang orang Inggeris atau orang Amerika yang hendak jadi orang Melayu. Jarang kita dengar sebab mereka bangga dengan identiti mereka. Kita pun harus berbangga dengan identiti kita. Oleh itu kita perlu juga menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Bagi saya, walaupun saya selesa berbahasa Inggeris, namun saya juga senang dan selesa berbahasa Melayu. Saya bangga dengan identiti saya sebagai orang berketurunan Melayu/Bugis/Boyan dan yang penting saya orang Islam. Alhamdulillah.

3 Comments:

Blogger yuRa said...

perlu! amat perlu!

anak anak saya perlu berbahasa inggeris kerana sebab sebab yang awak sendiri telah catatkan di sini.

di rumah, mereka perlu tahu bahasa melayu sebab mereka perlu berhubung dengan nenek mereka! :)

jadi bukan saja perlu, bahkan adalah suatu keperluan asas bagi mereka.

Mon Jul 17, 10:10:00 PM  
Blogger Nani said...

Anak-anak awak beruntung sebab mereka tinggal dengan nenek mereka. Jadi, bolehlah mereka menggunakan bahasa Melayu mereka.

Tue Jul 18, 08:38:00 AM  
Blogger yuRa said...

ya. saya beruntung dari segala segi kerana adanya mak saya yang tinggal serumah dengan saya! :p

Tue Jul 18, 02:07:00 PM  

Post a Comment

<< Home