Kalau tak ada angin bertiup, takkan pokok bergoyang...(boleh kalau ada beruk yang menggoyangkannya)

Kira-kira seminggu yang lalu, telah dilaporkan di dalam akhbar bahawa menantu Pak Lah atau Perdana Menteri Malaysia Abdullah Badawi, iaitu Khairy Jamaluddin, telah di tuduh mempunyai isteri kedua.
Setahu dia, dia hanya punya seorang isteri. Dia sendiri tak tahu bila masa dia bernikah dengan Maya Karin, pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik peringkat Asia itu.
Saya suka pepatah yang dia gunakan untuk menepis tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pada dirinya. Belum terfikir bahawa, memang pokok boleh bergoyang selain dari disebabkan angin bertiup. Pintar jugak Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno tu. Dia gunakan peribahasa unutk bahasakan balik orang-orang yang berkomplot untuk memfitnahkan dia. Tersengih saya bila membaca bahawa memang beruk pun boleh menggoyangkan pokok. Jadi, orang-orang yang menyebarkan fitnah itu bak beruklah nampaknya...Ish Ish Ish
Dasyat dunia politik ni. Hal-hal peribadi pun sanggup digunakan untuk menjatuhkan orang lain.
Dan semakin lama, cuaca politik di Malaysia semakin menyedihkan . Ada orang kata, memang baik serangan-serangan laser dari mulut untuk membangunkan pentadbiran negara. Tapi common sense beritahu kita bahawa cara terbaik memberi pandangan adalah dengan cara yang diplomatik. Ini apa yang berlaku?
Sedang dunia sibuk dengan bantahan tentang balas dendam Israel dengan Hizbollah di Lebanon, di negara jiran kita pula sedang sibuk dengan politik dalaman. Sebenarnya mereka mempunyai pengaruh yang besar sekiranya mereka menyuarakan dengan lantang pendirian mereka. Tapi sedihlah. Ini yang berlaku.
Seperti yang pernah saya katakan di dalam blog yang terdahulu, walaupun saya bukan rakyat Malaysia, namun saya dapat merasakan bahang kecaman-kecaman Dr M terhadap Pak Lah. Sebagai orang Melayu saya rasa paha dicubit. Banyak saudara-saudara di Lebanon yang perlu sokongan dan bantuan. Kalau kita sedang sibuk dengan politik dalaman, macam mana nak kuatkan pengaruh di Timur Tengah?
4 Comments:
Betul cik Amalia! kalau beruk goyang pokok psl politik tak apa, yang cik murai pot-pet-pot-pet psl cik Siti dan Tok K lagi satu hal. Nampaknya mereka dapat pahala free banyak ni....
beruk kuat ke nak goyang pokok? bagi lah gorilla goyang. heh
tak ada komen membina untuk awak harini .. saja ja saya nak merapu di sini
Sriperwira : Betul2. Kalau nak pahala free, mungkin kena jadi popular. Jadi referee lagi bagus heh heh...
Yura : Kalau pokok kecil dan kurus bolehlah beruk goyang. Tapi kalau pokok Sequoia yang Giant tu, mungkin gorilla pun tak kuat nak goyang sendiri. Tapi kalau seangkatan gorilla mungkin bolehlah...heh heh (Merapu apa eh...macam menyapu bunyinya)
Nak merapu pun ok apa...memeriahkan suasana.
khairy tu memang pintar. kalau tak mcm mana nak jadi menantu pm.
orang melayu kan macam itu - tak boleh nak cari kelemahan orang dari segi bidangnya, cari lah pula kelemahan peribadi. hehe.. jangan marah, saya pun orang melayu juga.
Post a Comment
<< Home