Thursday, August 10, 2006

Adakah minda kita masih dijajah?

Kita meraikan Hari Kebangsaan. Kita meraikan hari kita merdeka daripada penjajahan British, Jepun dan sebagainya. Tapi adakah kita benar-benar bebas daripada segala macam penjajahan.

Apakah minda kita masih dijajah oleh British ataupun Barat. Apakah setiap gerak dan tingkah-laku kita masih di cengkam anasir-anasir luar? Apakah setiap dari Barat itu bagus dan setiap dari timur itu tidak bagus?

Apakah kita ada identiti kita sendiri, sebagai anak Melayu/Islam Singapura? Apakah kita masyarakat yang tidak ada identiti?

Dalam kita hidup di zaman globalisasi, setiap unsur yang datang dari mana pun akan cepat mendapat tempat dan meresap di dalam kehidupan kita. Sekiranya unsur dan nilai daripada barat itu baik dan boleh dijadikan sebahagian daripada budaya kita, dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum agama, maka, tidak menjadi salah jika kita mengamalkannnya. Tapi, kalau anasir-anasir buruk itu, sekiranya memang asalnya dari naluri manusia sendiri pun, yang sudah tentu salah seperti seks sebelum bernikah, beranak-pinak tanpa bernikah, maka kita harus bijak menepisnya.

Lebih mudah cakap dari bikin - Itulah ungkapan kebanyakan dari kita. Bila berhadapan dengan nafsu, kadang-kadang pak haji pun tewas dengan wanita. Apalagi manusia normal yang ada perasaan, nafsu dan hormon yang bergelora. Tapi, kalau dah nikah tu, buatlah apa awak nak buat dengan pasangan awak sebab dah pun sah.

Masalahnya sekarang, menurut statistik, remaja kita terlebih perwakilan jika dibandingkan dengan bangsa lain dari segi masalah sosial.

Tahun 2004 :
434 remaja wanita Melayu melalui penguguran, 1/3 dari jumlah keseluruhan
Hampir 300 remaja Melayu dijangkiti penyakit kelamin, 1/2 dari jumlah keseluruhan
417 remaja wanita Melayu melahirkan anak - lebih dari 1/2 dari jumlah keseluruhan kelahiran remaja.

Peliknya, ada jugak suara-suara yang tidak boleh terima hakikatnya. Mereka kata bangsa lain pun banyak masalah seks, cuma mereka pandai mengamalkan pencegahan. Dan mereka juga tidak kahwin awal.

Saya rasa ini memang masalah semua bangsa. Tapi, kita tak boleh lari dari statistik kerana ianya menggambarkan gambaran yang hampir tepat. Sampai bila kita nak lari dari kenyataan??

Jadi, bila Mendaki adakan kempen katakan `Tidak' pada seks (sebelum bernikah) kerana ianya lebih seksi, saya rasa ianya adalah satu inisiatif yang bagus. Takkahlah mereka nak kata `Buatlah seks banyak-banyak asalkan awak mencegah kehamilan!' - Tentu tak masuk di akal. Itu kalau badan bukan Melayu/Islam yang anjurkan, itu mencerminkan nilai merekalah.

Biar kita dengan nilai kita, dengan budaya kita, dengan identiti kita. Tak buat seks sebelum bernikah boleh mati ke? Ada 1001 macam perkara yang boleh dan perlu dilakukan dalam hayat kita - bukan seks aja. Bermacam ilmu dunia dan akhirat yang perlu diterokai, bermacam aktiviti dalam rumah dan luar rumah yang boleh kita lakukan. Bukan seks aje.

Bernikah pada usia yang sesuai bukan kerana terlanjur. Rancang kehidupan kita dan mintak redha Allah. Lepas bernikah, kalau umur panjang, bayangkan bertahun-tahun lamanya pasangan suami-isteri boleh berasmaradana. Jangan cari pasangan lain pulak, nanti masalah lain pulak timbul.

Raikan hari bebas penjajahan dengan membebaskan minda dan seluruh budaya diri kita dari cengkaman dan anasir-anasir negatif, tidak kiralah dari mana.

8 Comments:

Blogger melayudilondon said...

Wah! Cik Qasrina, begitu mendalam catitan awak kali ini. Yura dan saya pun sedang berbincang mengenai gejala seks rambang yang sedang berleluasa skrg.

Thu Aug 10, 11:40:00 PM  
Blogger Nani said...

Masalah yang membimbangkan.

Dah buat salah, tak mengaku salah, dah tu buat terus-menerus. Dan mereka juga tidak akui yang apa yang mereka buat salah. Ada juga rakan-rakan sebaya mereka yang berpegang pada sindrom `tidak apa'.

Sebagai sebahagian dari masyarakat Melayu, tentu sekali kita terasa, risau dan terfikir apa yang boleh dibuat untuk berdepan dengan masalah yang rumit ini.

Fri Aug 11, 10:49:00 AM  
Blogger yuRa said...

saya rasa mungkin terlalu banyak peluang untuk golongan muda ini melakukan "eksperimen" mereka.

tahukah anda, banyak kejadian berlakunya seks di antara golongan remaja ini terjadi di dalam rumah sendiri. ibu bapa keluar bekerja adalah di antara sebabnya.

w/pun begitu, saya tetap hairan kenapa bangsa kita yang lebih.

Fri Aug 11, 03:28:00 PM  
Blogger Nani said...

Saya rasa mungkin kerana keluarga bangsa lain mengutamakan pendidikan dan pelajaran dan mereka `monitor' atau pantau perkembangan anak mereka dengan lebih terperinci. Jadi, anak-anak mereka lebih menyibukkan diri mereka dengan penimbaan ilmu.

Mungkin keluarga bangsa kita kurang menekankan pelajaran, jadi anak-anak mereka menyibukkan diri mereka dengan perkara-perkara lain selain daripada pelajaran dan pendidikan.

Dulu semasa saya mengajar, saya tahu 4 kes remaja perempuan hamil dalam jangkamasa 5 tahun setengah saya mengajar di sana. Tekalah bangsa mereka... Yang satu, ibunya dah meninggal, yang lagi satu ibu-bapanya sibuk dgn bisnes, yg lagi satu neneknya sentiasa memuji cucunya decent dan baik...

Itu baru satu sekolah. Sekolah lain? Tapi memang semasa saya mengajar, ramai remaja bangsa kita yang nak berhenti sekolah kerana dah tak minat ataupun ada masalah displin dgn sekolah. Mak bapa seperti dah tak boleh kawal anak mereka. Apabila mereka nak berhenti sekolah, mereka tak `protest'. Pelik. Jadi bila dah berhenti sekolah, bayangkan kebebasan yg mereka dapat dan apa yg boleh berlaku...

Fri Aug 11, 05:33:00 PM  
Blogger melayudilondon said...

Susah! pada saya pelajaran adalah peluang terbaik utk keluar daripada "vicious cycle". Mungkin kita harus terap azam pada anak2 muda utk memperbaiki hidup mereka? terutama pada mereka yg tidak mempunyai rangsangan daripada ibu-bapa.

Fri Aug 11, 06:49:00 PM  
Blogger Nani said...

Betul! Pelajaran boleh bantu mereka keluar daripada lingkaran musibah. Betul, kita perlu terap azam pada anak-anak muda utk baiki hidup mereka.

Dan pada yang berpelajaran tapi tetap dgn gejala seks rambang, itu payah sikit nak didik mereka melainkan mereka bersikap terbuka utk menerima nasihat.

Fri Aug 11, 11:55:00 PM  
Blogger yuRa said...

saya setuju dengan awak amalia!

masalahnya sekarang ialah masalah kurang moral.

ramai wanita muda dari 20-an tahun yang berpendidikan, masih single yang melakukan seks rambang, seks sebelum nikah, minum minuman keras, dll. persis 'sex and the city'. mungkin juga dipopularkan oleh siri itu.

bezanya, oleh kerana mereka lebih berpendidikan, mereka juga berpengetahuan tentang pencegah penghamilan.

jadi mana yang lebih baik? penghamilan remaja yang kurang berpelajaran atau golongan berpelajaran dan tahu tentang pencegahan penghamilan(tapi melakukan seks rambang tanpa batasan)?

yang perlu diterapkan ialah rasa cinta pada Tuhan dan takut akan balasanNya.

pendidikan duniawi adalah penting untuk mereka keluar dari lingkaran musibah atau memantapkan ekonomi keluarga. pendidikan ukhrawi pula penting untuk melindungi diri dari gejala kurang sihat. kedua-duanya amat penting untuk menghasilkan bangsa yang cemerlang!

saya juga setuju dengan sriperwira bahawa sokongan keluarga adalah perkara utama dalam meresapkan azam dan mendorong anak-anak untuk berjaya.

Sat Aug 12, 11:52:00 AM  
Blogger Nani said...

Pandangan yang cukup bagus Yura! Pandai kamu. Saya setuju bahawa 2 aspek pendidikan perlu ditekankan iaitu duniawi dan ukhrawi supaya bangsa kita cemerlang.(walaupun ada yg berpandangan usah dipisahkan pendidikan duniawi dan ukhrawi - namun demi memudahkan perbincangan)

Saya pun setuju dgn Sriperwira bahawa kita perlu terapkan keazaman yg jitu dlm anak-anak utk berjaya di dunia dan akhirat. Sokongan keluarga tersangatlah penting. Cerdik awak.

Kamu berdua pergilah buat Masters -buat kajian tentang bahawasanya `Bangsa Kita Ada Harapan', `Bangsa kita ada banyak sumber utk cemerlang - cuma perlu menjana sumber dgn lebih berkesan'. Kalau saya macam Lee Foundation, teringin biaya orang2 macam kamu2 buat kajian.

Takpe, buat masa ni kita simpan duit dulu. Ada peluang, kita perlu teruskan utk terbang...heh heh Insya Allah. Skrg, saya nak susukan bayi. (bukan bai tuncit eh)

Sun Aug 13, 04:51:00 AM  

Post a Comment

<< Home