Tuesday, September 05, 2006

Stesen TV berebut penonton.


Pada 28 Ogos 2006, TV3 menayangkan Persandingan Siti dan Datuk K. Pada waktu yang sama, Astro dan TV1 pula menayangkan temuramah Mawi dan Diana, (Ina) bekas tunang Mawi. Kedua-dua rancangan menerima sambutan hangat daripada para penonton sehinggakan ratings kedua-dua rancangan itu menjadi pertikaian. Jadi apa isu sebenar yang berlaku?

Kita duk terfikir, motif sebenar dan utama stesen-stesen TV ini. Adakah mereka benar-benar hendak menghubungkan peminat dengan artis? Adakah mereka benar-benar ingin menjalinkan semula silaturrahim antara Mawi dengan bekas tunangnya yang sekarang menjadi rakan artis? Kalau benar, mengapa ratings dipertikaikan. Bukankah itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya berlaga untuk mendapatkan penaja-penaja dan tajaan yang lumayan?


Jangan salah faham. Saya cuma terfikir kalau-kalau ada pihak yang dipergunakan untuk keuntungan pihak yang lain. Saya kesiankan Mawi dan Ina (walaupun mereka tak perlukan kasihan saya). Soal yang terlalu peribadi dijadikan bahan tontonan masyarakat. Yang sudah tu, sudahlah. Mawi dah kata dalam satu temuramah yang dia tak nak lagi bincang soal ini - kemudian ditimbulkan lagi. Ina pula telah ditawarkan menjadi artis rakaman dan akan melahirkan albumnya sendiri. Bayangkan kalau dia tetap tunangan Mawi, saya tak tahu kalau syarikat rakaman masih nak tawarkan kontrak. Apa dah jadi?

1 Comments:

Blogger Nani said...

Kata abang ipar saya, tiada siapa yang menggunakan sesiapa. Mereka sama-sama meraih keuntungan di atas apa yang terjadi. Dia kata Win-win situation. Wallahua'lam.

Tue Sep 05, 11:33:00 PM  

Post a Comment

<< Home