Friday, July 21, 2006

Perlu ada lebih bahan-bahan Melayu yang menarik untuk kanak-kanak.


Saya harap Perpustakaan Kebangsaan Singapura khasnya dan masyarakat Melayu umumnya dapat mempertimbangkan saranan dan pandangan berikut.

1) Perlu di arkibkan lagu-lagu Melayu untuk kanak-kanak seperti Enjit-enjit Semut, Potong bebek angsa, Satu-satu aku sayang ibu dan banyak lagi supaya lagu-lagu itu tidak pupus terus. Kemudian, perlulah lagu-lagu ini dimudahkan untuk masyarakat mendapatinya. Mungkin, bahan-bahan ini boleh dimuat-naikkan ke lelaman NLB supaya mudah ibu-bapa dan pendidik mendapatkannya dan menggunakannya untuk pembelajaran bahasa Melayu itu sendiri. Pihak perpustakaan juga boleh berganding dengan Warna atau Suria misalnya untuk merakam semula lagu-lagu Melayu untuk kanak-kanak dalam bentuk cakera padat dan kemudian dijual kepada masyarakat. Buat masa ini, di Singapura, sangat sukar untuk mendapatkan lagu-lagu Melayu kanak-kanak.

Bayangkan, anak-anak kita tahu `Nursery Rhymes' dalam bahasa Inggeris tapi tak tahu lagu-lagu seperti Enjit-enjit semut dan sebagainya. Menerusi lagu-lagu ini, mereka dengan tidak secara langsung mengenal lebih banyak perkataan-perkataan Melayu dan mereka juga dapat menyingkap dan mengenali budaya Melayu itu sendiri.

2)Perlu juga ada buku-buku elektronik dalam bahasa Melayu yang dimuat-naikkan ke lelaman NLB. Buat masa sekarang banyak buku-buku elektronik terdapat di lelaman tersebut, tetapi dalam bahasa Inggeris. Usaha perlu di ikhtiarkan agar buku-buku Melayu yang sedia ada terutama yang bergambar, di bubuh animasi, bunyi dan musik serta suara pencerita untuk melahirkan buku elektronik yang seronok untuk di baca oleh anak-anak kita.

Kita harus menggunakan teknologi sebagai salah satu wadah untuk menyemarakkan lagi pembelajaran dan penggunaan bahasa Melayu. Saya sarankan juga agar wang yang telah diperuntukkan dari pemerintah untuk melestarikan bahasa Melayu dapat digunakan untuk usaha-usaha seperti yang tersebut.

Bahan-bahan untuk kanak-kanak perlu dititik-beratkan dan tak patut diremehkan kerana tahap usia 0-6 tahun adalah masa yang terbaik untuk menanamkan asas yang kukuh dalam apa bidang sekalipun, seperti yang terbukti menerusi kajian-kajian tentang penggunaan otak secara maksima.

5 Comments:

Blogger melayudilondon said...

Ah cik Amalia, skrg Azman dan Art sedang membina satu laman website mylagu.com dimana peminat lagu melayu boleh memuat turun lagu2 melayu dgn harga $1.99 satu lagu. Masih dlm proses pembinaan. Kalau nak tengok, www.mylagu.com. Saya akan cadangkan untuk menambah ruangan untuk lagu kanak-kanak

Fri Jul 21, 05:22:00 PM  
Blogger Nani said...

Ia ke? Wah...dalam diam-diam, awak dan suami dah pun mulakan bisnes ye?

Okay, kalau nak tambah lagu kanak-kanak, tolong pertimbangkan lagu-lagu Indra Shahrir anak Mak Nona Asia. Dulu dia ada album kanak-kanak, tapi sayang, albumnya tak dijual lagi. Saya sangat suka dengan lagu-lagu kanak-kanak dendangan dia tu. Senikatanya banyak berunsur nasihat dan iramanya pun sedap-sedap.

Fri Jul 21, 05:44:00 PM  
Blogger yuRa said...

lagu indra shahrir yang paling saya ingat ialah lagu sakit gigi.

adoi mak sakitnya... adoi mak sakitnya...

anehnya walaupun lagu itu sentiasa saya ingat ketika setiap kali gigi susu nak tercabut, saya tak takut pula. rasanya yang paling gerun tentang sakit gigi adalah lagu sakit gigi dari indra sahaja. hehe.

mungkin kerana lagu itu memberi peranan 'reverse psychology' bagi saya atau mungkin pada dasarnya saya memang GAGAH! wahahaha

Sat Jul 22, 11:34:00 PM  
Blogger melayudilondon said...

Awak memang gagah! sampai boleh menang peraduan gigi masih kecil. hehehehe.. saya masih ingat...

Sun Jul 23, 05:43:00 PM  
Blogger yuRa said...

eh? peraduan apa tu? kenapa cerita tu saya tak ingat? tolong kembalikan memoriku. :p

Sun Jul 23, 10:28:00 PM  

Post a Comment

<< Home