Thursday, July 27, 2006

Persada Sastera : Kesementaraan

Aku suka dengan sajak yang penuh makna ini, yang aku baca di BM Ahad lalu.

Sungguh bermakna.
Sungguh indah.
Sungguh benar.

Aku ingin merakamkan karya Ridhwan Anwar ini di dalam blogku untuk dijadikan peringatan dari semasa ke semasa. Bacalah dengan mata hati.




Kesementaraan

Maknakanlah kesementaraan ini
setiap detik, setiap saat, setiap nafas
kerana masa bukan milik kita.
Maknakanlah kesementaraan ini
pada setiap usaha, setiap doa
kerana esok bukan kerja kita.

Maknakanlah kesementaraan ini
kerana begitulah hakikatnya
s e m e n t a r a.

Maknakanlah kesementaraan
yang menuju keabadian
bukan pusara
yang membungkus jasad
rumah terakhir yang bukan terakhir

Maknakanlah kesementaraan ini
transit kehidupan
menuju kehidupan hakiki.

Maknalah kesementaraan ini
memaknalah.

karya Ridhwan Anwar

3 Comments:

Blogger yuRa said...

cik amalia, saya boleh bayangkan anda mendeklamasikan sajak ini. berdiri bulu roma saya. awak podcast kanlah deklamasi tu. boleh terubat rindu saya mendengar awak baca sajak. :)

Thu Jul 27, 05:53:00 PM  
Blogger Nani said...

Pasal podcast ni, saya belum belajar lagi. Nak kena ambil ijazah dari awak dulu. Pasal hal-hal teknologi ni kan, awak mentor saya.

Sat Jul 29, 12:19:00 AM  
Blogger yuRa said...

hahah.. saya bukan pusat pendidikan! alaaah .. banyak hal lagi yang saya tak tahu lah. :p

Sat Jul 29, 05:22:00 PM  

Post a Comment

<< Home